Tempat Lakonan Filem Ayat-Ayat Cinta Berpenghunikan Buaya?

Kita biasa dengar Sungai Nil terkenal dengan keindahan dan sejarah yang ada pada sungai itu. Ditambah pula dengan filem romantik seperti Ayat-Ayat Cinta yang dibintangi oleh pelakon Indonesia yang terkenal, Fedi Nuril, Carissa Putri, Rianti Cartwright dan Zaskya Adya Mecca. 




Namun siapa sangka di sebalik latar belakang filem islamik romantik itu dilakonkan rupa-rupanya punya penghuni Sang Buaya!










Gambar ini diambil sendiri oleh salah seorang pelajar Universiti Al-Azhar yang menyertai trip ke Pulau Pisang yang terletak di Luxor. Penghuni Sungai Nil itu dipercayai dibela oleh penduduk tempatan pulau itu di dalam sebuah sangkar. Para pengunjung masing-masing berasa takjub dengan keberadaan sepasang pemangsa karnivor tersebut.

Realitinya Mesir bukanlah sebuah negara yang hanya berlatar belakangkan padang pasir dan unta sahaja. Sungai "romantik" ini juga sebenarnya diam-diam ada penghuninya!





Comments

Popular Posts