Skip to main content

Posts

Featured

Lelaki Arab Dilanggar Bas Kerana Telefon

Seorang pelajar Al-Azhar telah berkongsikan hantaran Facebook mengenai kemalangan yang berlaku depan matanya pada petang tadi waktu Mesir. Kejadian tersebut berlaku dikatakan berpunca daripada kelalaian lelaki arab itu dengan telefonnya sendiri.  Lelaki arab itu dikhabarkan terus pengsan selepas dilanggar namun nyawanya sempat diselamatkan dengan izin Allah dengan asbab bantuan segera yang diberikan oleh warga di sekeliling sebelum ketibaan ambulans 15 minit kemudian. Alhamdulillah, mari sama-sama doakan kesembuhan lelaki tersebut. Pemilik hantaran Facebook itu juga berpesan kepada semua pelajar yang bermusafir jauh daripada tanah air masing-masing supaya berhati-hati di jalan raya. Takdir sememangnya sudah tertulis namun kita juga mesti ikhtiar untuk menjaga diri daripada sebarang bahaya yang tidak diingini. Sumber : Fb Maulana Shahilan Nordin

Latest Posts

Tempat Lakonan Filem Ayat-Ayat Cinta Berpenghunikan Buaya?